Ciri-ciri Produk

  • Tilam Vono untuk
    penjagaan Tulang Belakang

    Tilam Vono menjaga kesihatan tulang
    belakang anda dengan ciri-ciri istimewa
    yang berikut:

TEKNOLOGI BRITISHTilam Vono dibangunkan dengan teknologi maju British, memberikan sokongan belakang dengan Sistem Berspring Intalok yang unik dan pengalas tidur yang mewah untuk tidur yang sihat dan menyegarkan.

 

SISTEM BERSPRING INTALOKTilam Vono berciri-ciri eksklusif dan Sistem Berspring Intalok yang berteknologi maju dibina dengan teknologi British untuk sokongan dan keselesaan yang sempurna. Ianya berterusan dan berjalinan, diperbuat daripada wayar besi ketegangan-tinggi sehingga 250,000 paun per inci persegi, diperkukuhkan lagi dengan penstabil pada bucu-bucu , untuk memberikan sokongan sisi belakang dan keselesaan semasa tidur.

 

SISTEM BERSPRING INTALOK BERPOKETSistem Berspring Intalok Berpoket menggunakan sistem berspring Intalok dan disisipkan ke dalam poket berjahit khas, ia disusun dalam saluran yang lurus, boleh mengurangkan gangguan oleh pergerakan badan.

 

RAWATAN ANTI – KUTU HAMAFabrik tilam Vono telah dirawat secara khusus untuk perlindungan terhadap serangga kutu hama. Ia mengurangkan alergi, dengan demikian membantu meminimakan risiko asma, ekzema dan rinitis. Ia juga meningkatkan mutu kebersihan dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Fabrik ini diimport dan adalah kualiti, contohnya seperti Jacquard Damask.

 

JAMINAN 15 TAHUNTilam Vono datang dengan jaminan 15 tahun; satu testimoni keyakinan terhadap kualiti barangan Vono. Ia dibina untuk selamanya. Satu tilam Vono baru adalah satu pelaburan penting bagi kehidupan yang aktif.

 

Spring yang bertindak sebagai “penyerap hentakan besar” yang meningkatkan tempoh hayat tilam sebanyak 68%. (Laposan oleh AIM) Kesan unik “Springs-On-Springs” memberikan lebih keselesaan semasa tidur.

 

SUPPORTSokongan Tulang Belakang Ultra dengan ranka besi berkala tinggi setebal 3.5mm yang menyokong pinggul dan tulang belakang anda dengan jitu.

FABRIK JACQUARD DAMASK BEBAS-KUMANFabrik tilam Vono menjalani rawatan bebas-kuman untuk menghalang tilam-tilam daripada kulapuk dan dijangkiti bakteria serta fungus.

 

FABRIK BENANG BULUH ANTI-BAKTERIABuluh mempunyai sifat kekal anti-bakteria semulajadi. Ia menawarkan 1.5 kali lebih tinggi penyerapan lembapan berbanding dengan kapas. Fabrik buluh mempunyai kelembutan, kedinginan yang boleh dirasai dan berkilauan seperti sutera, semulajadi dan ianya begitu mesra alam sekitar. Benang buluh yang dianyam atau dikait menghasilkan tekstil yang membenarkan pengaliran udara dan lembapan, kawalan lembapan yang cemerlang ini memastikan anda berasa selesa dan segar apabila tidur di atasnya.

 

LAPISAN PENEBAT FIRMALATORPelapik tebal tenunan dari jarum poliester berketebalan tinggi memberikan sokongan berat yang rata dan menyeluruh melalui kesemua tilam, jadi pengguna tidak akan merasai springnya.

 

ALAT PENGALIR UDARAAlat pengalir udara tambahan Vono menyediakan pengaliran udara di dalam tilam. Membenarkan udara segar untuk pengudaraan dalam tilam untuk keselesaan tidur yang dingin.

 

PEGIMBANGAN SISIHBesi bar pemulas berketegangan tinggi diletakkan di sekitar pinggir tilam untuk menguatkan keseluruhan sokongan sisi, dan meluaskan lagi kawasan tidur.

 

AHLI KORPORAT BACKCARE, THE NATIONAL ORGANISATION FOR HEALTHY BACKS, UKSebagai ahli korporat ‘Backcare, The National Organization For Healthy Backs, United Kingdom’, Vono menerima informasi berkala daripada persatuan profesional ini untuk menghasilkan produk yang meyediakan kualiti sokongan postur badan yang diperlukan, termasuk kedudukan belakang yang betul supaya memberi kesan tidur yang sihat.

 

SILVERGUARDAnyaman kain khas membantu mengekalkan kebersihan dan kesegaran sepanjang hari dan malam. Laporan ujian makmal SGS mengesahkan SilverGuard berkesan membasmi bakteria lebih daripada 99% dalam tempoh 24 jam.