Ergonomi

Definasi Ergonomik

Ergonomik adalah disiplin saintifik mengenai pengetahuan interaksi antara manusia dengan elemen-elemen lain dalam sesuatu sistem dan profesion yang mengaplikasikan teori, prinsip, data dan kaedah-kaedah untuk reka bentuk supaya mencapai tahap optimum kesihatan dan kesejahteraan manusia dan kecekapan keseluruhan sistem.

Ilmu Ergonomik diaplikasikan untuk memenuhi dua matlamat, iaitu kesihatan dan produktiviti. Ia berkenaan dengan reka bentuk sesuatu seperti alatan perabot yang selamat diguna ataupun antaramuka dan mesin yang senang diguna. Reka bentuk berkesesuaian dengan ergonomi adalah penting untuk mengelakkan kecederaan dan tekanan yang lama-kelamaan akan menjadi cacat selamanya.

Peranan Pakar-pakar Ergonomis

Pakar-pakar ergonomis memberi sumbangan kepada reka bentuk dan penilaian sesuatu tugas, pekerjaan, produk, persekitaran dan sistem supaya ianya sesuai dengan keperluan, kemampuan dan kebatasan manusia. Pakar-pakar ergonomis harus mempunyai pengetahuan luas bagi seluruh lingkungan disiplin dan gunakan pelbagai cara dengan mempertimbangkan dari segi-segi fizikal, kognitif, sosial, organisasi, persekitaran dan lain-lain faktor yang berkenaan.

Informasi mengenai AEH (Pusat Ergonomi di Switzerland)

AEH diasaskan di Zurich, Switzerland pada tahun 1996, sebagai cabang daripada Universiti Teknikal Zurich (ETH). AEH menawarkan perkhidmatan keseluruhan dalam kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang memfokuskan pengekalan keupayaan bekerja dalam perspektif jangka panjang. Organisasi tersebut terdiri daripada sekumpulan pakar dalam disiplin-disiplin bersaling kait, iaitu Pakar Ergonomi, Doktor Pekerjaan, Pakar Psikologi Pekerjaan, Doktor Pemulihan, Pengurus Kes, Ahli Fisioterapi dan Jurutera Keselamatan. Kesemua Pakar Ergonomi AEH mendapat pengesahan antarabangsa (CREE).

7 Zon untuk sokongan sempurna

Vono ErgoBed adalah satu-satunya tilam yang direka oleh Pusat Ergonomi, Switzerland. 7 zon yang terhasil daripada gabungan penyelidikan dan pembangunan terkini memberikan sokongan yang sempurna untuk tubuh anda. Ditambahkan lagi dengan Sistem Spring Intalok yang mempunyai dua kali lebih spring berbanding tilam biasa dan lapisan busa lateks, anda pasti yakin dengan Vono untuk perlindungan tulang belakang yang sempurna.

Memahami Tilam ErgoBed
  • Panel kain kait dan berkuilting mewah
    Telah melalui rawatan anti fungus, anti bakteria dan anti hama debu.
  • Span PU Berketahanan tinggi
    Memberi kusyen dan lebih selesa
  • Busa Lateks Berkualiti Tinggi
    Melegakan tekanan
  • Span PU Berkepadatan Tinggi
    Tahan lasak dan tahan lama.
  • Jalur-jalur Felt Jalinan Tenunuan jarum
    Memberi kesan zon dan sokongan tetap
  • Lapisan Felt Jalinan Tenunan Jarum Berkualiti Tinggi
    Mengasingkan lapisan selesa dengan sistem sokongan untuk mengukuhkan lagi sokongan dan mengelakkan kesan tekanan badan.
  • Bingkai Sempadan Besi Berketangan Tinggi
    Sokongan lumbar yang sangat baik
  • Sistem Spring Intalok
    Sekurang-kurangnya dua kali lebih spring berbanding tilam biasa untuk pelindungan tulang belakang yang sempurna dan lebih tahan lama.
Sokongan Kerjasama AEH-Vono