Tentang Vono

Vono
Vono adalah jenama antarabangsa yang terkenal, berasal dari United Kingdom sejak 1896 lagi. Tilam-tilam Vono menggunakan Sistem Berspring Intalok yang eksklusif dan berteknologi maju yang dibina dengan teknologi termaju British untuk tidur yang sihat dan meyegarkan. Tilam mengikut bentuk badan dan menyokong dengan kemas berat badan, sekaligus memberikan sokongan yang lebih teguh, lebih sihat kepada seluruh badan pada semua tempat. Ini membantu mengurangkan masalah tulang belakang.

Vono di Malaysia

Di Malaysia, katil-katil Vono adalah dikilangkan oleh Hilding Anders Malaysia Sdn Bhd dan dipasarkan oleh Hilding Anders Marketing Sdn. Bhd. Hilding Anders Malaysia Sdn Bhd membekalkan produk-produk Vono ke Bangladesh, Brunei, Hong Kong, India, Malaysia, Maldives, Nepal, Philippines, Singapura, Sri Lanka, Taiwan dan lain-lain negara, sama ada pasaran institusi atau pun runcit. Sebagai sebuah syarikat yang progresif dan berpandukan pelanggan, Hilding Anders Malaysia Sdn Bhd percaya dalam meyediakan kualiti terbaik dan perkhidmatan kepada pelanggannya.

Hilding Anders Malaysia Sdn Bhd dan Hilding Anders Marketing Sdn Bhd adalah subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Hilding Anders Asia Pasific Ltd.

Hilding Anders Asia Pacific Ltd

Hilding Anders Asia Pasific Ltd memiliki jenama Slumberland dan jenama berkaitan (Vono, Sleepmate, StarryNite, SlumberKIDS dan selainnya) di dalam lebih daripada 20 buah Negara merentasi Asia. Hilding Anders Asia Pacific Ltd juga mempunyai 4 kilang perusahaan peralatan tidur, setiap satunya di Malaysia, Thailand dan 2 di China, dan satu pejabat pemasaran di Singapura. Hilding Anders Asia Pasific Ltd adalah ahli kepada pengusaha terkemuka katil-katil dan tilam-tilam Eropah dan Asia, Hilding Anders Group.

Hilding Anders Group

Hilding Anders Asia Pacific Ltd adalah sebahagian dari Hilding Anders Group, pembekal katil dan tilam terbesar dunia dengan visi untuk memberikan kepada pelanggan di seluruh dunia tidur yang berkualiti. Syarikat ini mempunyai untung bersih jualan 7 bilion SEK (Swedish Kronor), berpangkalan di Sweden, dan mengambil pekerja seramai 7,600 pekerja di 30 syarikat tempatan di 40 pasaran yang berbeza.

Baca selanjutnya di www.hildinganders.com